Skrip Lisan (37 marks!)

Terdapat sebuah peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Peristiwa yang menggerunkan ini telah belaku dua tahun yang lalu semasa aku berada di Tingkatan 4.
Pada malam 27 Oktober itu, hujan turun dengan lebat and angina bertiup dengan kencang. Nasib aku pada hari itu, memang buruk. Pada pagi ini, di sekolah, guru Bahasa Melayu aku telah melontar buku teks aku keluar dari kelas kerana aku terlupa membawa skrip lisan aku. Ahh…malunya aku. Di tuisyen fizik pula, guru fizik aku telah memarahi aku kerana sebaliknya membawa laporan fizik aku, aku terbawa pula skrip lisan aku. Selepas tuisyen fizik, aku terpaksa jalan kaki pulang ke rumah. Hujan sedang turun dengan lebat dan malangnya, aku terlupa membawa payung aku. Adakah ini karma yang menimpa aku??
Keadaan lorong-lorong rumah yang gelap-gelita dalam keadaan hujan lebat menyebabkan aku terasa bulu romaku naik. Muncullah imej-imej pontianak yang menakutkan dalam mindaku. Aku cuba dengan sedaya upaya untuk memadamkan imej-imej tersebut. Dalam usaha aku, aku terasa jari seseorang menyentuh bahu aku dengan lemah-lembut. Aku berhenti, terkaku.
“Adam…” suara ayu seorang gadis memanggil dengan lemah-lembut.
Seolah-olah kepala aku dipusing oleh sesuatu, aku menoleh ke belakang. Aku terpandang seorang gadis sangat gemuk dan rupa parasnya sangat hodoh. Aku hampir pengsan apabila terpandang rupa parasnya. Apabila aku sedar bahawa gadis itu sedang terapung-apung di udara dan tidak mempunyai kaki, kali ini, aku benar-benar pengsan.
Oleh kerana aku tidak pulang-pulang selama dua jam, ayah aku pun keluar untuk mencari aku. Ayahku terjumpa aku dalam keadaan tidak sedar diri dan aku dimasukkan ke hospital. Semenjak dari hari itu, aku tidak ingin mendekati apa-apa gadis pun. Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan bahawa aku akan menjadi seorang paderi selepas tamat Tingkatan 5.